PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan tahap kesiapsiagaan keselamatan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan adalah terkawal dan berjalan lancar tanpa sebarang isu keselamatan.

Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Fisol Salleh berkata, seramai 926 petugas polis ditugaskan sepanjang PRK yang melibatkan dua daerah polis iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan dan IPD Beluran.

“Persiapan keselamatan telah bermula sejak hari penamaan calon pada 10 Januari lalu di mana keseluruhan pentadbiran serta penugasan anggota keselamatan berada di bawah tanggungjawab Ketua Polis Daerah Kinabatangan.

“Proses pengundian awal akan diadakan pada 20 Januari, melibatkan seramai 118 pegawai dan anggota IPD Kinabatangan, manakala hari pembuangan undi sebenar dijadualkan pada 24 Januari,” ujarnya ketika menghadiri perjumpaan khas bersama petugas polis sempena PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undagan Negeri (DUN) Lamag di IPD Sandakan, di sini, pada Jumaat.

Tambah Fisol, berdasarkan pengalaman penganjuran Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang lalu, pihak polis yakin PRK kali ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan selamat.

“Setakat ini sebanyak 76 permit dan pemakluman berkaitan aktiviti kempen telah dikeluarkan kepada parti-parti politik yang bertanding.

“PDRM memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua parti politik dan setiap permohonan akan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Setakat ini, tiada isu berkaitan permit atau perjalanan kempen,” katanya.

Dalam pada itu, Fisol menyeru semua pengundi supaya keluar mengundi lebih awal serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak keselamatan.

Mengulas mengenai aduan sepanjang tempoh kempen, Fisol berkata, hanya satu aduan diterima dan ia tidak melibatkan sebarang kes serius.

“Secara keseluruhan, keadaan adalah terkawal dan PRK dijangka berjalan lancar,” kongsinya.

Related Posts

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

SANDAKAN – Kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 150 meter menyebabkan Jalan Sim-Sim berhampiran Tokong Cina Pau Kung, di sini, ditutup atas faktor keselamatan pada malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

SANDAKAN – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan wakil Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memperkukuh kerjasama dua hala menerusi latihan bersama berkaitan pengurusan kecemasan. Komander ESSCOM, Datuk Victor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR