5 Briged ikrar pulih imej dan kepercayaan rakyat Sabah

KOTA KINABALU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5 Briged di Sabah berikrar untuk bangkit memperbaiki imej pasukan, memulihkan kepercayaan rakyat serta memperkukuh tahap profesionalisme selaras dengan amanat dan hala tuju baharu Kementerian Pertahanan bagi tahun 2026.

Panglima 5 Briged, Datuk Mohd Zamri Abdullah berkata, berdasarkan amanat Yang Berhormat Menteri Pertahanan baru-baru ini, penekanan diberikan kepada tujuh fokus geostrategik utama, termasuk pembangunan industri pertahanan, pemodenan aset, pemerkasaan konsep pertahanan menyeluruh, kebajikan warga pertahanan dan veteran, serta pelaksanaan pelan strategik lima tahun bagi meningkatkan keunggulan kementerian.

“Kita bukan seperti agensi lain. Kita adalah pahlawan yang dituntut memberikan perkhidmatan terbaik dengan semangat pengorbanan dan selfless service kepada negara.

“Kita diperkata, dibahas dan dinilai oleh umum. Namun, walau apa jua pendekatan yang diambil oleh pucuk pimpinan Tentera Darat dan ATM, warga 5 Briged akan terus berdiri teguh membina semula imej pasukan agar kembali dipandang tinggi dan dipercayai sama ada pada waktu aman, bencana mahupun peperangan.

“Keutamaan kita adalah memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap ATM, khususnya di Sabah. Semua pemerintah dan pasukan diarahkan merangka serta melaksanakan inisiatif yang realistik mengikut kemampuan masing-masing, di samping mengelakkan sebarang perbuatan yang membuka ruang kepada kritikan awam,” katanya semasa berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun 5 Briged Ke-62 Tahun, di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, dalam aspek tadbir urus, beliau menegaskan pendirian tegas 5 Briged untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat tanpa sebarang pengecualian.

“Perubahan tidak hanya tertumpu kepada kepimpinan. Daripada prajurit paling junior hingga ke peringkat briged, semua mesti mempunyai iltizam untuk berubah dan memerangi rasuah.

“Tiada lagi toleransi terhadap penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dalam pengurusan kewangan, latihan, operasi dan logistik, dengan penekanan diberikan kepada amalan harian di peringkat pasukan dan briged,” tegasnya.

Mohd Zamri turut menyeru seluruh warga briged memperbaharui ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan Tentera Darat.

“Kita berjanji untuk terus menjunjung amanah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan demi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara, khususnya negeri Sabah, sentiasa terpelihara,” katanya.

Related Posts

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

KOTA KINABALU – Tiga projek berimpak tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menyelesaikan isu bekalan air Tawau mencapai kemajuan memberangsangkan. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

KULAI — Kerajaan terus memperkukuh agenda pendidikan inklusif apabila peruntukan sebanyak RM4.2 juta diluluskan bagi pembinaan bangunan tambahan di SJK(T) Ladang Kulai Besar, satu langkah signifikan bagi menampung pertambahan murid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia