ADUN Tellian tinjau keadaan banjir di Sebakong

Oleh: TENGKU MAJID

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine semalam meninjau keadaan banjir yang melimpah ke jalan utama di Jalan Tingkas–Sebakong, yang menyebabkan penduduk di beberapa kawasan terjejas terputus hubungan.

Royston berkata, laluan utama menuju ke kawasan Sebakong, Nanga Sikat dan Dijih tidak dapat dilalui, sekali gus menyukarkan penduduk untuk keluar menjalankan urusan harian termasuk ke pasar, sekolah dan klinik.

Menurutnya menerusi kenyataan di Facebook, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mukah telah membuat persiapan bagi menyalurkan bantuan bekalan makanan atau food basket kepada penduduk terjejas.

“Bantuan berkenaan melibatkan 22 rumah panjang dan sebuah sekolah dengan jumlah keseluruhan seramai 907 penduduk”, katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa agihan food basket tersebut dijadualkan dilaksanakan hari ini di lokasi sempadan banjir Jalan Tingkas–Sebakong, iaitu di lokasi sama seperti agihan bantuan sebelum ini.

Setakat ini, katanya, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka memandangkan tiada laporan rumah panjang atau kediaman persendirian yang dinaiki air.

Royston berharap situasi banjir berkenaan kekal terkawal serta keselamatan penduduk sentiasa terpelihara.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014