IAC Tanjung Manis sedia jadi hab perkhidmatan kerajaan

TANJUNG MANIS – Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Tanjung Manis yang baharu siap dijangka mula beroperasi dalam masa terdekat, sekali gus menjadi hab perkhidmatan kerajaan bagi memudahkan urusan rakyat di kawasan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, bangunan pentadbiran setinggi 15 tingkat itu telah memperolehi Sijil Menduduki (OP) dan bersedia untuk digunakan oleh agensi kerajaan yang terlibat.

“Beberapa perbincangan dan mesyuarat telah diadakan bagi menyelaras perpindahan agensi ke kompleks berkenaan termasuk Pejabat Daerah Tanjung Manis yang dijangka berpindah dalam masa terdekat bagi memulakan operasi secara berperingkat.

“IAC Tanjung Manis akan menempatkan pelbagai agensi utama Kerajaan Sarawak seperti Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA), Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) serta menyediakan kaunter pembayaran bil elektrik dan air selain perkhidmatan Sarawak Service,” katanya ketika mengadakan lawatan rasmi ke bangunan tersebut pada Khamis.

Selain itu, penubuhan pusat pentadbiran bersepadu ini bukan sahaja memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi malah menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan efisien kepada penjawat awam, selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya di kawasan luar bandar.

Related Posts

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

KOTA BHARU – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) merekodkan sebanyak 562,081 pergerakan penumpang bagi tempoh Januari hingga April 2026 susulan kejayaan peluasan dan operasi terminal baharu lapangan terbang itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

PUSA – Kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat luar bandar di kawasan Undai, Beting Maro bakal berubah wajah menerusi limpahan pelbagai inisiatif pro-rakyat dan kemudahan infrastruktur yang disalurkan oleh kerajaan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha