Sabah pererat kerjasama dengan Oriental Bank of Cambodia

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh hubungan kerjasama strategik dengan sektor perbankan antarabangsa dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelaburan.

Ia susulan kunjungan hormat Pengerusi Oriental Bank of Cambodia, Datuk Phan Ying Tong, kepada Datuk Seri Masidi Manjun di pejabatnya pada Khamis.

Pertemuan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan negeri dan sektor perbankan, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi serta potensi pelaburan di Negeri Sabah.

Dalam pada itu, Masidi menerusi satu kenyataan media turut merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dapat terus diperkukuhkan demi menyokong pembangunan ekonomi negeri.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah Oriental Bank, iaitu Vanseka Sok dan Jean Loi Jin Choo, bersama beberapa tetamu lain.

Turut bersama, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia–China Cawangan Sabah (MCCC Sabah) dan Eksekutif Kim Teck Cheong, Datuk Dexter Lau.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi