Seiring, seimbang pastikan BN Kinabatangan, Lamag menang – MIHA

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA) menyeru agar pengundi terus bersatu melangkah seiring dan bertindak secara seimbang memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil Lamag dan Kinabatangan, 24 Januari ini.

MIHA berkata, sebagai pasangan ‘beregu’ bersama calon BN Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim, mereka tekad untuk mencapai kemenangan sekali gus mengekalkan kerusi BN.

“Saya dan Naim dapat nombor sama iaitu satu untuk DUN dan Parlimen sama ada secara kebetulan atau suratan, ‘signboard’ Allahyarham Datuk Seri Bung itupun pada PRN lalu, nombor satu.

“Mudahan ini menjadi suratan kami untuk meneruskan delegasi Allahyarham Datuk Seri Bung,” katanya semasa berucap dalam program santai bersama belia di Kinabatangan.

Tegas MIHA, beliau dan Naim akan melakukan yang terbaik untuk Kinabatangan dan Lamag khasnya.

“Oleh itu, semua pengundi perlu menguatkan hati, bersatu padu dan bekerjasama agar Lamag dan Kinabatangan menang, tidak boleh satu sahaja,” katanya.

Seramai 48,722 pengundi Parlimen Kinabatangan dan 13,899 DUN Lamag akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 24 Januari hadapan.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa gabungan itu. Ahmad Farhan akan dibantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang