Produk IKS Pahang berpotensi tembusi pasaran Jepun

KUANTAN – Lebih banyak produk industri kecil dan sederhana (IKS) Pahang berpeluang dipasarkan dalam pasar raya milik AEON tidak lama lagi.

Perkara itu akan diputuskan selepas pertemuan lanjut antara wakil kerajaan negeri dan syarikat berkenaan yang dijadualkan bakal diadakan dalam masa terdekat.

Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, buat masa ini, rangkaian pasar raya itu yang memiliki 27 cawangan di seluruh negara sudah memasarkan sebahagian daripada produk IKS dihasilkan usahawan dari negeri ini.

“Perbincangan lanjut akan diadakan selepas ini, dan tadi pun saya sempat berbual dengan pihak pengurusan AEON dan mereka sedia melihat perkara itu.

“Paling penting adalah usahawan IKS Pahang kena bersedia dengan produk mereka, kerana kita tidak mahu produk IKS ini hanya setakat dipasarkan di dalam negara… kalau boleh, biar sampai boleh dijual di Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan pasar raya AEON Kuantan, di sini, hari ini.

Pasar raya itu adalah cawangan kedua milik AEON di Pantai Timur, selepas di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Amizar memberitahu, kerajaan Pahang sentiasa mengalu-alukan lebih banyak pelabur datang ke Pahang dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka.

Katanya, setakat tahun lalu, Pahang sudah merekodkan pelaburan komited berjumlah RM18.04 bilion.

“Ini membuktikan bahawa dasar dan polisi ditawarkan kerajaan Pahang diterima baik oleh pelabur, dan buktinya kita merekodkan jumlah pelaburan komited yang sangat besar tahun lalu.

“Dalam masa yang sama, peluang pekerjaan juga tersedia untuk warga Pahang menerusi kemasukan pelaburan ini, dan seperti yang kita lihat hari ini, di pasar raya ini, ramai pekerjanya adalah warga tempatan,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16