Gerai haram dan usang dicantas MPKS

KOTA SAMARAHAN – Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bertindak tegas menggempur struktur gerai penjaja yang dibina secara haram serta dibiarkan usang di sekitar Taman Desa Ilmu pada Rabu.

Operasi pembersihan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa MPKS itu bertujuan memulihkan imej persekitaran kawasan tersebut yang terjejas akibat kewujudan struktur yang mencacatkan pemandangan.

Menurut MPKS, tindakan penguatkuasaan diambil dengan menyita dan membersihkan struktur gerai yang dikenal pasti tidak lagi beroperasi, rosak serta ditinggalkan pemiliknya.

“Langkah ini penting bagi memastikan keindahan landskap terpelihara, selain menjamin aspek kebersihan dan keselamatan penduduk setempat daripada risiko struktur yang tidak selamat.

“Kesemua sisa struktur dan peralatan yang dirampas dalam operasi ini akan dilupuskan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut mengingatkan komuniti peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan tidak lepas tangan dalam aspek penjagaan kebersihan tapak niaga.

Tegas kenyataan itu, peniaga perlu memanfaatkan peluang berniaga yang diberikan dengan penuh tanggungjawab serta mematuhi piawaian penyediaan makanan yang selamat demi kesejahteraan komuniti.

Foto : Facebook MBKS Kota Samarahan

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar