NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

KUCHING – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemaskan koordinasi pengurusan bencana di peringkat negeri menerusi satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (SDCC) pada Rabu.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar.

Fokus utama perbincangan terarah kepada tahap kesiapsiagaan awal serta pelaksanaan gerak kerja bersepadu antara agensi bagi memastikan respons bencana dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan pantas.

Menurut kenyataan itu, kerjasama strategik tersebut penting bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya ketika mendepani cabaran Monsun Timur Laut (MTL) serta risiko bencana alam lain.

Langkah ini juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk memantapkan sistem pengurusan bencana negara yang cekap dan berintegriti.

Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Unit Cawangan Sekretariat dan Perhubungan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Kapten (PA) Nazura Marlinda Sabran serta wakil agensi-agensi keselamatan berkaitan.

Foto:  Facebook APM Negeri Sarawak

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram