Suami isteri ditemui mati di Taman Mutiara

SRI AMAN – Penduduk Taman Mutiara, Jalan Brayun digemparkan dengan penemuan mayat sepasang suami isteri berlumuran darah di sebuah rumah pada pagi Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.55 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan Hospital Sri Aman bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan mengesahkan kedua-dua mangsa iaitu suami berusia 45 tahun dan isterinya, 44, telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

“Susulan itu, kertas siasatan telah dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis kini sedang giat mengumpul bukti serta merakam percakapan saksi bagi melengkapkan siasatan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ACP Kalang di talian 019-331 7785 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram