Sebarang usaha menormalisasi budaya songsang harus ditegah, ditolak serta-merta

PUTRAJAYA – Sebarang usaha untuk  menormalisasi gaya hidup bertentangan dengan ajaran Islam tidak wajar disokong termasuk penganjuran program ‘Glamping With Pride’.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, Islam menolak sebarang perlakuan yang bercanggah dengan fitrah manusia dan hukum syarak, namun menekankan pentingnya pendekatan dakwah berhikmah serta pendidikan untuk membina kesedaran moral.

Menurut beliau, setiap isu sosial perlu ditangani dengan kebijaksanaan dan empati, mengambil kira dimensi kesihatan awam, kesejahteraan mental serta tanggungjawab sosial yang berpaksikan nilai Islam.

“IKIM berpandangan isu ini perlu ditangani dengan pendekatan berasaskan ilmu, kefahaman dan hikmah, selaras dengan prinsip Islam yang menyeru kepada kasih sayang, bimbingan dan pemulihan.

“Islam menolak sebarang bentuk perlakuan yang bercanggah dengan fitrah manusia dan hukum syarak, namun dalam masa sama menekankan pendekatan dakwah yang berhikmah serta pendidikan yang membina kesedaran moral,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penganjuran program ‘Glamping With Pride’ oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan komuniti lelaki gay, biseksual dan lelaki lain yang melakukan hubungan sejenis di Malaysia.

Program terbabit dilaporkan memberi tumpuan kepada aspek kesihatan dan sokongan komuniti, khususnya berkaitan isu HIV.

Malah, penganjur program ‘Glamping With Pride’ dilapor akan meneruskan program itu di Hulu Langat hujung minggu depan, walaupun mendapat bantahan.

Kumpulan dikenali sebagai Jejaka menegaskan program selama dua hari itu adalah ‘retreat’ berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya, dan kesedaran kesihatan.


Dalam pada itu, Mohamed Azam berkata, IKIM bersedia untuk menjadi rakan strategik dalam pelaksanaan program pendidikan, wacana dan penyelidikan yang memperkukuh kefahaman Islam dalam konteks kemanusiaan, kesihatan dan kesejahteraan sosial, selaras dengan prinsip rahmah, hikmah dan maqasid syariah.

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, IKIM menghormati hak asasi individu seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, setiap hak perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab moral dan nilai Islam yang menjadi tunjang kepada keharmonian masyarakat dan pembentukan akhlak bangsa.

“Penyelesaian jangka panjang terhadap isu terbabit perlu berasaskan pendidikan nilai, pengukuhan institusi keluarga serta kerjasama erat antara agensi kerajaan, NGO, pihak media dan masyarakat,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok