Pengisian kerohanian benteng generasi muda hadapi ‘The Anxious Generation’

KANGAR — Pengisian kerohanian perlu dijadikan asas pembentukan jati diri generasi muda negara yang semakin terdedah kepada tekanan emosi dan krisis kesihatan mental.

Penaung Yayasan Cinta Bangsa, Dr. Khairul Anam Che Mentri berkata, fenomena The Anxious Generation membuktikan generasi muda kini berdepan keresahan berpanjangan akibat pengaruh gajet, media sosial dan kehilangan keseimbangan rohani dalam kehidupan seharian.

“Apabila jiwa kosong dan nilai agama semakin terpinggir, anak-anak mudah hilang arah, cemas dan rapuh. Kerohanian ialah benteng paling asas yang perlu diperkukuh sejak kecil,” katanya.

Dr. Khairul Anam berkata demikian kepada The Malaysia Press selepas slot pengisian khas sempena Program Kem Cuti Sekolah Mukmin Junior di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini baru-baru ini.

Fenomena The Anxious Generation merujuk kepada istilah yang diperkenalkan oleh ahli psikologi sosial Amerika Syarikat, Jonathan Haidt, bagi menggambarkan peningkatan kebimbangan dan masalah kesihatan mental dalam kalangan generasi muda.

Dalam bukunya bertajuk The Anxious Generation: How the Great Rewiring of Childhood Is Causing an Epidemic of Mental Illness, Haidt menghuraikan bahawa penularan telefon pintar, dominasi media sosial serta perubahan pendekatan keibubapaan telah mengubah pengalaman zaman kanak-kanak secara mendasar.

Menurut Haidt, perubahan tersebut bukan sekadar bersifat teknologi atau sosial, malah telah ‘menyusun semula’ perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keresahan, kemurungan dan masalah kawalan emosi.

Sementara itu, penyelaras program Kem Cuti Sekolah Mukmin Junior, Tuan Marja Tuan Mat berkata, program itu memberi tumpuan kepada pengukuhan hafazan al-Quran sebagai pengisian utama sepanjang cuti sekolah.

Menurutnya, program yang diperkenalkan sejak 2016 itu terus menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran antara 150 hingga 180 peserta bagi setiap sesi, malah pernah merekodkan pendaftaran mencecah 225 orang.

Katanya, selain hafazan, program turut menekankan disiplin ibadah dan adab asas di masjid bagi memastikan pembentukan sahsiah pelajar seimbang dari sudut rohani dan akhlak.

Program berkenaan dianjurkan melalui kerjasama Masjid Tuanku Syed Putra, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf termasuk puluhan anak yatim.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman