Pendekatan Kerajaan MADANI ubah persepsi rakyat Kedah

RAKYAT Kedah dilihat semakin terbuka dalam menilai prestasi Kerajaan MADANI, dengan perubahan sikap pengundi yang kini lebih rasional dan tenang dalam membuat penilaian terhadap perkembangan semasa negeri itu.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu (JKOM) Zon Utara, Azizi Azizan berkata, secara tradisinya pengundi di Kedah dikenali sebagai kelompok yang bersikap diam dan tidak menonjol, namun perkembangan mutakhir menunjukkan berlakunya perubahan yang ketara, khususnya apabila suara dan sentimen politik yang sebelum ini lantang kini semakin berkurangan.

“Ketika gelombang hijau dahulu, sentimen politik itu sangat jelas dan agresif dimainkan melalui isu-isu tertentu. Namun sekarang, kita melihat sentimen tersebut semakin reda dan berkurang,” katanya ketika menjadi tetamu dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Azizi berkata, keadaan itu berkemungkinan berlaku kerana majoriti pengundi yang sebelum ini memberikan mandat kepada Pas untuk mentadbir Kedah kini berada dalam fasa menilai hasil dan perkembangan pentadbiran negeri berdasarkan keputusan undi yang telah dibuat.

“Mereka menilai sama ada apa yang diuar-uarkan sebelum ini, termasuk slogan seperti ‘The Greatest Kedah’ serta pelbagai projek yang diumumkan, benar-benar dilaksanakan dan memberi impak kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa satu lagi faktor penting dalam penilaian rakyat Kedah ialah pendekatan Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak menganaktirikan negeri itu, khususnya dari segi penyaluran peruntukan dan bantuan pembangunan.

Tambah beliau, situasi ini mendorong rakyat Kedah untuk membuat penilaian secara lebih matang terhadap apa yang diperjuangkan sebelum ini berbanding hasil yang dinikmati sepanjang tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini.

Azizi menyifatkan perubahan itu sebagai satu bentuk ‘gelombang senyap’, iaitu perubahan sikap pengundi yang berlaku tanpa retorik atau kemarahan, sebaliknya berpaksikan penilaian prestasi dan realiti semasa.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi