Sekolah di Limbang dinaiki air, keadaan masih terkawal

LIMBANG – Dua kawasan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Telahak dan SK Lubuk Tekurok dikenal pasti antara kawasan rendah di daerah ini yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak malam Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, paras air setinggi 0.23 meter direkodkan di kawasan rendah SK Telahak, manakala paras air di SK Lubuk Tekurok meningkat sehingga 0.40 meter.

Menurutnya, walaupun berlaku kenaikan paras air, keadaan di kedua-dua sekolah berkenaan masih terkawal dan tidak menjejaskan keselamatan setakat ini.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang telah melaksanakan pemantauan berterusan di beberapa kawasan berisiko banjir termasuk kampung dan sekolah rendah,” katanya dalam satu kenyataan pada baru-baru ini.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati Kampung Pengkalan Rejab, Kampung Kelapa Mawar dan Kampung Langotan juga berada dalam keadaan terkawal, dengan paras air sungai berada pada tahap normal dan menunjukkan trend menurun.

Tambahnya, Kampung Langotan merekodkan kenaikan air setinggi 0.16 meter di kawasan rendah, manakala Kampung Telahak mencatatkan paras air setinggi 0.41 meter, namun situasi masih terkawal.

Jelasnya, APM Limbang akan terus bersiap siaga dan melakukan pemantauan rapi bagi memastikan keselamatan penduduk setempat, terutama sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

“APM sentiasa bersedia untuk bertindak segera sekiranya berlaku sebarang perubahan keadaan atau kecemasan,” katanya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh