Sekolah di Limbang dinaiki air, keadaan masih terkawal

LIMBANG – Dua kawasan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Telahak dan SK Lubuk Tekurok dikenal pasti antara kawasan rendah di daerah ini yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak malam Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, paras air setinggi 0.23 meter direkodkan di kawasan rendah SK Telahak, manakala paras air di SK Lubuk Tekurok meningkat sehingga 0.40 meter.

Menurutnya, walaupun berlaku kenaikan paras air, keadaan di kedua-dua sekolah berkenaan masih terkawal dan tidak menjejaskan keselamatan setakat ini.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang telah melaksanakan pemantauan berterusan di beberapa kawasan berisiko banjir termasuk kampung dan sekolah rendah,” katanya dalam satu kenyataan pada baru-baru ini.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati Kampung Pengkalan Rejab, Kampung Kelapa Mawar dan Kampung Langotan juga berada dalam keadaan terkawal, dengan paras air sungai berada pada tahap normal dan menunjukkan trend menurun.

Tambahnya, Kampung Langotan merekodkan kenaikan air setinggi 0.16 meter di kawasan rendah, manakala Kampung Telahak mencatatkan paras air setinggi 0.41 meter, namun situasi masih terkawal.

Jelasnya, APM Limbang akan terus bersiap siaga dan melakukan pemantauan rapi bagi memastikan keselamatan penduduk setempat, terutama sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

“APM sentiasa bersedia untuk bertindak segera sekiranya berlaku sebarang perubahan keadaan atau kecemasan,” katanya.

Related Posts

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

IPOH – Kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, yang ditemukan mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas 10 kru warga asing di atas vesel itu gagal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet