Krisis Gaza meruncing, pendidikan terus terjejas

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan Israel terus menghalang kemasukan bekalan pendidikan ke Semenanjung Gaza ketika krisis kemanusiaan semakin meruncing akibat musim sejuk yang teruk.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, agensi kemanusiaan masih meneruskan bantuan kepada keluarga paling terjejas walaupun berdepan pelbagai kekangan, khususnya terhadap kanak-kanak yang memerlukan akses kepada pendidikan.

Menurut beliau, keutamaan untuk memperluaskan perkhidmatan pendidikan bergantung kepada kemasukan segera bekalan penting, namun perkara itu terus dinafikan oleh pihak Israel yang berpendirian pendidikan bukan aktiviti kritikal pada fasa awal gencatan senjata ketika ini, lapor Anadolu.

Beliau memetik laporan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) yang menyatakan puluhan khemah dan tempat perlindungan sementara di komuniti Badwi serta penternak di Tebing Barat rosak atau musnah akibat cuaca buruk dalam tempoh dua minggu lalu.

Selain itu, Dujarric turut memberi amaran mengenai aktiviti berterusan pihak berkuasa Israel merobohkan 50 struktur di Kawasan C dan Baitulmaqdis Timur menyebabkan 50 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal serta menjejaskan mata pencarian lebih 14,000 orang.

Menurut angka pihak Palestin, sekurang-kurangnya 1,102 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur sejak Oktober 2023, manakala hampir 11,000 lagi cedera dan kira-kira 21,000 ditahan oleh tentera Israel dan peneroka haram.

Pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam pendapat bersejarah mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai menyalahi undang-undang dan menggesa semua penempatan di Tebing Barat serta Baitulmaqdis Timur dikosongkan.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎