Bekalan darah kritikal, Hospital Miri perlukan penderma segera

MIRI – Tabung Darah Hospital Miri menyeru orang ramai agar tampil segera menderma darah susulan stok bekalan bahan itu kini berada pada tahap kritikal.

Pengurusan Tabung Darah Hospital Miri memaklumkan bahawa keperluan penggunaan darah di hospital itu kini semakin mendesak bagi memastikan rawatan pesakit dapat diteruskan tanpa gangguan.

Justeru, penderma daripada semua kumpulan darah iaitu A, B, O dan AB, khususnya mereka yang telah melepasi tempoh tiga bulan sejak pendermaan terakhir diminta hadir segera.

“Setiap titisan darah amat bernilai dan mampu menyelamatkan nyawa. Kami mengalu-alukan kehadiran semua penderma yang layak untuk membantu pesakit yang memerlukan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Sebagai inisiatif menambah bekalan, Kempen Derma Darah dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini. Program pertama akan diadakan pada Sabtu (10 Januari 2026) bertempat di Stage Area Myy Lutong bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Program kedua akan menyusul pada Ahad (11 Januari 2026) di Gymkhana Club, Cempaka Hall pada waktu yang sama.

Orang ramai digalakkan hadir bersama ahli keluarga, rakan dan jiran bagi menyokong kempen tersebut atau terus hadir ke Tabung Darah Hospital Miri.

“Dengan hanya beberapa minit, anda boleh menjadi penyelamat dan wira kepada mereka yang memerlukan darah,” tambah kenyataan itu lagi.

Pihak hospital turut merakamkan penghargaan kepada semua penderma dan penganjur yang menyokong usaha murni ini.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan