Kalaka dijangka terima bekalan elektrik sepenuhnya pada 2026

SARATOK – Sasaran liputan bekalan elektrik 100 peratus di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dijangka tercapai pada tahun 2026 apabila projek pembekalan elektrik 24 jam daripada grid Sarawak Energy Berhad (SEB) ke Rumah Rimbu Guntor Tinting Balai Nyumpit (TBN), Sungai Engkabang, Roban dan Rumah Lawat Ingkok, Krian siap dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohammad Duri berkata, inisiatif tersebut selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak dalam merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, khususnya dalam memastikan semua kawasan luar bandar menikmati kemudahan asas yang setara.

“Antara komitmen utama saya di DUN Kalaka ialah memastikan semua kampung dan rumah panjang menerima bekalan elektrik sama ada melalui sambungan grid SEB atau sistem Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme (SARES), sekali gus membolehkan penduduk menikmati bekalan elektrik selama 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog bersama penduduk di dua buah rumah panjang di kawasannya pada Rabu.

Sesi dialog tersebut diadakan pada sebelah pagi di Rumah Rimbu Guntor Tinting Balai Nyumpit (TBN), Sungai Engkabang, Roban dan disusuli sesi dialog di Rumah Lawat Tinting Linggong, Krian, Saratok.

Menurut beliau, pelaksanaan projek bekalan elektrik di rumah-rumah panjang berkenaan akan dimulakan tahun ini dan berharap kerjasama penuh daripada pihak SEB serta kontraktor pelaksana Authorised to Test (ATT), bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan sebelum Sambutan Gawai Dayak 2026.

“Saya amat berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual agar penduduk dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam, khususnya menjelang perayaan Gawai Dayak pada tahun ini,” jelasnya lagi.

Related Posts

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari blok bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, pada Jumaat. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global