Majlis Pengurusan Bencana dicadang ditubuhkan

PUCHONG – Majlis Pengurusan Bencana Negara dicadang untuk ditubuhkan sebagai organisasi tertinggi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan bencana serta pengurangan risiko bencana negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim untuk menyediakan Kertas Kabinet bagi diedarkan ke setiap kementerian.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, perkara itu perlu diselesaikan dalam masa sebulan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kelak.

“Dalam tempoh sebulan, (NADMA) edarkan kepada semua kementerian untuk mendapat ulasan dan saya sendiri akan bentangkan (dalam Mesyuarat Kabinet).

“Naik taraf Jawatangkuasa Pengurusan Bencana Pusat kepada Majlis Bencana Pengurusan Bencana Negara. Kita mahu pengurusan bencana benar-benar dipertingkatkan,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat tahun baharu 2026 kepada warga NADMA, pada Khamis.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, mekanisme pengurusan bencana negara melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di peringkat tertinggi perlu terus diperkukuhkan.

“Ketika ini, jawatankuasa sedia ada masih belum melibatkan penyertaan secara langsung Menteri Besar dan Ketua Menteri, sedangkan kerajaan negeri memegang kuasa penting dalam aspek pembangunan, guna tanah serta pengurusan sumber air, faktor-faktor kritikal yang amat mempengaruhi tahap risiko serta impak bencana

“Begitu juga keperluan penglibatan menyeluruh Menteri Persekutuan yang mempunyai mandat dan keupayaan untuk menyelaras semua aspek secara bersepadu merentas kementerian dan agensi, sekali gus membolehkan keputusan strategik dibuat dengan lebih pantas, tegas dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan baharu dalam pengurusan bencana perlu diperkenalkan dan negara perlu menerapkan pendekatan Whole-of-Government untuk pembinaan daya tahan dalam berhadapan krisis dan bencana.

“Kita mesti jujur dengan realiti. Bencana hari ini tidak lagi bersifat terasing atau bermusim. Ia turut didorong oleh perubahan iklim, pembangunan pesat dan urbanisasi, kepadatan penduduk serta ketidaktentuan global yang merentas sektor.

“Jika kita perhatikan, bencana hari ini telah melangkaui soal alam sekitar. Ia turut merangkumi kesihatan awam, krisis kemanusiaan serta gangguan teknologi dan infrastruktur kritikal. Sebab itu, pendekatan lama tidak lagi memadai,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, persediaan awal menghadapi Monsun Timur Laut atau Monsun Barat Daya perlu bermula dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Katanya, ia kemudiannya disusuli dengan penyelarasan yang konsisten di peringkat lapangan, telah membuktikan bahawa kerjasama rentas kementerian, jabatan, agensi serta kerajaan negeri lebih berkesan.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik