Mustapha turun padang pantau mangsa banjir, 180 mangsa terlibat di Sepanggar

SEPANGGAR – Seramai 46 keluarga yang melibatkan 180 orang mangsa yang terjejas dilaporkan, dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir Kampung Darau, di sini pada Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud tetap meneruskan usaha turun padang walaupun sudah lewat malam bagi meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir bagi melihat sendiri keadaan semasa penduduk serta tahap keselamatan mereka.

“Malam ini, saya turun meninjau kawasan-kawasan yang terjejas banjir untuk melihat sendiri situasi semasa, tahap keselamatan penduduk serta keperluan segera yang perlu diberi perhatian.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan penduduk, memantau paras air dan menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan agar bantuan dapat disampaikan dengan cepat dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati penduduk agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke kawasan selamat sekiranya keadaan bertambah buruk.

Mustapha dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada semua petugas lapangan, sukarelawan serta agensi keselamatan yang terus bertugas tanpa mengira masa bagi membantu penduduk yang terkesan.

“Terima kasih kepada semua petugas lapangan, sukarelawan dan agensi yang terus bertugas tanpa mengira waktu,” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPDB) Kota Kinabalu telah membuat pengisytiharan bencana banjir pukul 9.00 malam, pada Sabtu.

Manakala di Beaufort, seramai 315 mangsa terjejas dipindahkan ke Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selangor yang melibatkan 113 keluarga.

Sebagai rekod, seramai 495 mangsa yang melibatkan 159 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan di dua daerah di negeri ini.

  • Related Posts

    Belanjawan 2027 diharap tangani keperluan Sabah, tingkat keyakinan rakyat

    TAWAU – Belanjawan 2027 diharap menjadi instrumen penting mempercepat pembangunan Sabah sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap komitmen Kerajaan MADANI dalam menangani keperluan Sabah. Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Buaya tembaga 87kg ditembak mati

    TAWAU – Seekor buaya tembaga jantan seberat 87 kilogram (kg) berjaya ditembak mati dalam operasi mitigasi reptilia terbabit di Kampung Baru Pasir Putih, di sini, pada Rabu. Jabatan Hidupan Liar…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Belanjawan 2027 diharap tangani keperluan Sabah, tingkat keyakinan rakyat

    • By Fatin
    • October 8, 2026
    Belanjawan 2027 diharap tangani keperluan Sabah, tingkat keyakinan rakyat

    Buaya tembaga 87kg ditembak mati

    • By Fatin
    • October 8, 2026
    Buaya tembaga 87kg ditembak mati

    Belanjawan 2027: Sabah tidak perlu kejar semua industri, fokus kekuatan sedia ada

    Belanjawan 2027: Sabah tidak perlu kejar semua industri, fokus kekuatan sedia ada

    RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

    RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

    279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

    279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

    Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

    Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala