Hormati peranan mufti, jangan jadi bahan politik

KUANTAN – Institusi mufti mempunyai kedudukan yang jelas dan penting dalam Islam sebagai rujukan ilmu serta panduan syarak kepada umat Islam dan pemerintah.

Justeru, hak serta tanggungjawab mufti untuk menyuarakan pandangan tidak seharusnya dipersoal atau disempitkan atas pertimbangan politik.

Bagi ahli dewan undangan negeri (ADUN) Lantikan Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah, peranan mufti sebagai penyampai kebenaran dan pemberi nasihat berasaskan ilmu adalah selari dengan tuntutan syarak.

“Ia sebagaimana firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 43 yang bermaksud ‘Maka bertanyalah kepada ahli zikr jika kamu tidak mengetahui’.

“Dan jika merujuk kepada hadis Rasulullah SAW pula, baginda menyebut para ulama adalah pewaris para nabi, sekali gus menegaskan amanah besar yang dipikul oleh golongan ilmuwan agama dalam membimbing umat dan menasihati pemerintah,” katanya.

Ahmad Irshadi yang juga pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Pekan, menjelaskan para ulama muktabar seperti Imam al-Nawawi menegaskan bahawa menasihati umat dan pemerintah adalah sebahagian daripada tanggungjawab agama.

Oleh itu, katanya, peranan ini tidak wajar dinafikan hanya kerana perbezaan pandangan.

“Walaupun perbezaan pandangan diakui sebagai perkara lumrah, mempertikai ruang bicara mufti disifatkan bercanggah dengan tradisi keilmuan Islam.

“Sebarang ketidaksetujuan seharusnya dijawab dengan hujah yang beradab dan berlandaskan ilmu, bukannya dengan menafikan autoriti institusi agama,” jelasnya.

Beliau juga menekankan, menjaga kehormatan institusi agama adalah prinsip penting demi kestabilan dan kesejahteraan negara.

Sehubungan itu, ahli politik wajar menghormati institusi mufti dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

“Jangan apabila pandangan mufti tidak selari dengan kehendak atau kepentingan parti, maka ia ditentang.

“Namun, apabila pandangannya selari, mufti dipuji… sikap sedemikian tidak wajar dan merugikan keharmonian umat,” ujarnya.

Related Posts

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

UMNO digesa agar tidak mengheret institusi Raja dalam perbahasan mengenai rasuah dan integrity, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin. Beliau berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

KANGAR – Seramai 90 ketua cawangan Bersatu Bahagian Kangar bersama sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengunduran itu turut membabitkan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3