Selangor sokong kempen pendermaan organ nasional

Oleh: UWAIS HAIRI

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor sedang merancang pelaksanaan kempen bagi menggalakkan pendermaan organ dalam kalangan rakyat selari dengan usaha Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuh sistem pendermaan dan pemindahan organ di negara ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, kempen ini bukan sahaja memfokuskan kepada pendaftaran penderma tetapi juga mendidik keluarga supaya menghormati hasrat individu yang ingin menderma organ, lapor Berita Harian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini menyatakan pemindahan organ akan dijadikan agenda kebangsaan dengan Pusat Transplan Nasional (NTC) sebagai badan pusat untuk memacu dasar, pentadbiran dan penyelarasan di seluruh negara.

Pakar Sistem Kesihatan dan Ketua Pengarah Eksekutif Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng menyatakan kepakaran pemindahan organ di hospital awam mencukupi, namun kekurangan bekalan organ menjadi kekangan utama.

Beliau menambah perbandingan antarabangsa menunjukkan Malaysia masih ketinggalan contohnya pemindahan buah pinggang daripada penderma hidup hanya sekitar 57 per juta penduduk berbanding 198 per juta di Arab Saudi.

Prof Dr Rafdzah Ahmad Zaki dari Universiti Malaya menekankan bahawa kejayaan agenda ini memerlukan penglibatan komuniti, sistem data kukuh, perbincangan keluarga serta penempatan penyelaras pendermaan terlatih di hospital utama.

Kerajaan Negeri Selangor menegaskan sokongan penuh terhadap inisiatif ini yang diharapkan dapat meningkatkan kadar pendermaan organ, menyelamatkan nyawa dan membina kepercayaan masyarakat terhadap proses pendermaan organ di Malaysia.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak