Pas, Muafakat Nasional dan sindrom gila talak menjelang PRU16

SEMALAM, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara tiba-tiba muncul dengan kenyataan nostalgia iaitu mengajak UMNO menghidupkan kembali ‘semangat Muafakat Nasional’ kononnya demi perpaduan ummah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ayatnya manis. Alasannya suci. Bungkusannya agama.
Tetapi niat di sebalik tabir terlalu busuk untuk disembunyikan.

Seperti biasa, Pas tidak pernah gagal menggunakan agama sebagai tali pancing politik.

Bila terdesak, ayat perpaduan ummah dikeluarkan. Bila kuat, maki hamun jadi zikir harian.

Sanusi malah menegaskan Pas dan UMNO akan bersama “hingga akhir hayat” dalam kehidupan, siasah, pentadbiran dan pemerintahan negara.

Ayat ini kedengaran romantik cuma masalahnya, ini bukan kali pertama Pas bersumpah setia, dan rekod lampau mereka lebih menyerupai drama cerai-berai daripada kisah cinta sejati.

Persoalannya mudah iaitu mengapa sekarang?
Jawapannya juga mudah sahaja Pas sedang panik.

Pas hari ini kelihatan seperti bekas pasangan yang ditinggalkan meroyan, merayu dan mencari simpati. Setelah terlalu lama dimanjakan oleh Bersatu, Pas kini mula sedar “perkahwinan politik” mereka sedang menuju ke pejabat agama untuk lafaz talak satu, dua atau mungkin tiga.

Bersatu sudah papa. Tabungan dibekukan.
Dana pula kian kering.
Kuasa makin pudar.

Ketika PRU lalu, bukan rahsia Pas hidup mewah hasil suntikan kewangan Bersatu. Jentera digerakkan tanpa segan, kempen berhabis tanpa malu. Tetapi hari ini, dompet Bersatu kosong, dan Pas pula mula teraba-raba mencari bekas pasangan lama iaitu UMNO.

Ironinya, inilah UMNO yang suatu ketika dahulu dilabel Pas sebagai parti ‘najis politik’.

UMNO yang pemimpinnya dimaki, dihina, disamakan dengan binatang, dipalit pelbagai gelaran jijik dari pentas ceramah hingga khutbah politik.

Hari ini, UMNO itu juga yang dirayu.
Bukankah ini ironi paling hipokrit dalam politik Malaysia?

Pas bercakap soal ‘rujuk’, seolah-olah ahli UMNO hilang ingatan. Seolah-olah maki hamun, sindiran dan penghinaan dulu boleh dipadam dengan satu dua ayat perpaduan ummah.

Hakikatnya, Pas bukan mahu Muafakat Nasional.
Pas mahu talian hayat politik.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi, UMNO tidak lagi naif untuk terpedaya dengan ayat-ayat manis yang lahir ketika Pas sedang nazak strategi.

UMNO tahu, Pas hanya setia selagi ada manfaat. Bila sumber kering, agama dijadikan tiket rundingan.
Pas hari ini bukan sedang berdakwah demi ummah.
Pas sedang gila talak.

Merayu bekas pasangan lama bukan kerana cinta, tetapi kerana takut kalah, takut miskin dan takut hilang kuasa.

Hatta, rakyat sedang menilai siapa yang benar-benar memperjuangkan agama, dan siapa yang hanya menjadikan agama sebagai pelampung politik terakhir.

Related Posts

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melancarkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini bersempena sambutan Hari Malaysia 2026, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas

PETALING JAYA – Kes penipuan dalam talian (scam) yang semakin kompleks memerlukan usaha berterusan demi memperkasa tahap kesedaran dan pemahaman rakyat agar tidak mudah menjadi mangsa golongan terbabit. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih