Kompleks sukan RM10 juta akan dibina di Sungai Petani – Dr Taufiq

SUNGAI PETANI – Sebuah kompleks sukan bernilai RM10 juta akan dibina di Bandar Puteri Jaya dekat sini, bagi menyediakan kemudahan sukan lebih sistematik dan holistik kepada golongan belia.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, projek itu kini berada pada peringkat awal pelaksanaan dan dijangka dimulakan dalam masa terdekat.

“Pembinaan kompleks sukan berkenaan merupakan antara inisiatif utama yang digerakkan sejak saya menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani.

“Tapak pembinaannya dikenal pasti berhampiran kawasan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda.

“Peruntukan awal diluluskan ialah RM10 juta, namun jika terdapat sebarang perubahan dari segi perancangan atau pelaksanaan, pengumuman lanjut akan dibuat,” katanya selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani di Padang Temusu di sini pada Ahad.

Dr Taufiq berkata, usaha untuk melahirkan atlet-atlet baharu akan lebih lancar dengan adanya kompleks sukan yang sempurna.

“Proses perolehan dan sebagainya memang sedang berjalan dan saya akan memantau dari semasa ke semasa bersama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan semua pihak, untuk memastikan bahawa projek itu dapat dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan akan meneruskan komitmennya dan memberi keutamaan kepada perkhidmatan di kawasan Parlimen Sungai Petani, meskipun kini turut memikul tanggungjawab sebagai menteri di peringkat pusat.

“Saya akan cuba meluangkan masa untuk bersama rakyat di Sungai Petani dan kebiasaannya berada di kawasan ini pada hujung minggu, kecuali jika terdapat urusan rasmi kementerian di Putrajaya.

“Kementerian akan memberi tumpuan kepada pembangunan belia, pewujudan pelapis kepimpinan negara serta pemerkasaan sukan sebagai medium penyatuan nasional tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan fahaman politik,” katanya.

Related Posts

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk