Jalan Taman Negara Endau dinaiki air, pelancong Itali selamat

ROMPIN – Dua pelancong warga Itali terkandas di Taman Negeri Endau Rompin dekat sini, ekoran jalan masuk dinaiki air sedalam kira-kira dua meter akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa, Leonardo, 43, dan isterinya Giulia, 42, dijadualkan keluar dari lokasi itu namun ejen pelancong gagal masuk untuk menjemput mereka kerana laluan tersebut tidak boleh dilalui kenderaan.

Menurutnya, mangsa selamat dikeluarkan kira-kira jam 1.20 tengah hari dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin sebelum diserahkan kepada ejen syarikat pelancongan untuk urusan lanjut.

Menurutnya, selain pasangan suami isteri itu, terdapat 15 pelancong lain turut berada di lokasi berkenaan, namun mereka memilih untuk terus berada di situ sementara waktu.

“Berdasarkan maklumat diterima, pengadu yang merupakan ejen syarikat pelancongan datang ke lokasi tersebut kira-kira jam 9.30 pagi sebelum mendapati jalan masuk sepanjang antara 600 hingga 800 meter dinaiki air.

“Pengadu hadir sendiri ke Balai Polis Kuala Rompin untuk memaklumkan kejadian dan mendapatkan bantuan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sharif Shai berkata, kira-kira jam 1 tengah hari, dua anggota dari Balai Rompin bersama empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin ke lokasi menggunakan sebuah bot dan lori.

“Operasi berjalan lancar dan mangsa dapat dipindahkan dengan selamat,” katanya.

Related Posts

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

SHAH ALAM – Peningkatan peruntukan Program Mama Kerja kepada RM10 juta membolehkan 10,000 ibu bekerja di seluruh negeri menerima manfaat. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

KULIM – Kira-kira 25 penduduk terjejas selepas rumah mereka silanda banjir di Kampung Sungai Seluang Bawah di sini semalam. Kesemua mereka daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

Aktiviti sukan platform lahirkan generasi sihat

Aktiviti sukan platform lahirkan generasi sihat

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif