Bekas pengarah, artis JKKN Pahang bersalah palsu dokumen

KUANTAN – Bekas Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang serta seorang artis kebudayaan masing-masing dihukum penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memalsukan dokumen bayaran kepada perkhidmatan bekalan tidak wujud pada 2020.

Hakim Sazlina Safie menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Dayang Kartini Awang Bujang, 49, dan Mardziana Che Mohd Amin, 39, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda ditetapkan, lapor Berita Harian.

Mereka didakwa dengan niat bersama memalsukan dokumen arahan pembayaran perkhidmatan menyediakan aksesori set kepala pelanduk untuk kumpulan kesenian jabatan terbabit berjumlah RM9,920 atas nama sebuah syarikat, di pejabat JKKN Pahang pada 26 Jun 2020 bagi tujuan menipu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohamad Fadhly Mohd Zamry, manakala Dayang Kartini diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli, dan Mardziana pula diwakili oleh Taufek Razak.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah ketika didakwa pada 20 Januari 2022, dan seramai 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung.

Bagaimanapun, Sazlina membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu rayuan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah juga menetapkan jumlah ikat jamin dinaikkan kepada RM12,000 berbanding RM10,000 sebelum ini.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei