Titah Adendum: UMNO perlu bersuara pertahan prinsip parti

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan buat UMNO memikirkan semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan, jika beranggapan apa yang berlaku dalam kes Titah Adendum berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak bertentangan dengan perjuangan parti.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sikap tidak mengambil pendirian jelas dalam isu berkenaan boleh menimbulkan persoalan besar terhadap prinsip dan perjuangan UMNO yang sejak penubuhannya menjunjung institusi Raja-Raja Melayu serta mempertahankan kedaulatan Perlembagaan.

Menurutnya, sekiranya perkara itu benar-benar serius dan bercanggah dengan asas perjuangan parti, UMNO seharusnya memikirkan semula kedudukannya dalam kerajaan, termasuk peranan pemimpin parti yang memegang jawatan politik.

“Kalau difikirkan benda ini serius dan bertentangan dengan perjuangan UMNO yang mendaulatkan raja-raja serta mempertahankan kedudukan dan kuasa Raja-Raja, UMNO patut fikir sedalam-dalamnya kedudukannya dalam kerajaan.

“UMNO ada undang-undang dan Perlembagaan sendiri yang sepatutnya kita hormati, ikut dan patuh.

“Jika tidak, tidak ada maknanya perjuangan UMNO selama ini sekiranya hanya kerana kerusi empuk (jawatan),” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dalam sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Duta, pada Rabu.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li itu turut melahirkan rasa hairan mengapa pemimpin UMNO sehingga kini tidak mengadakan sidang peringkat tertinggi bagi membincangkan mengenai kes Titah Adendum melibatkan Najib tersebut.

Menurut beliau, pemimpin UMNO seharusnya menggerakkan usaha dan ikhtiar supaya penahanan Najib mesti mendapat satu resolusi yang memuaskan hati semua pihak bukan hanya ditanggung bersendirian oleh bekas Perdana Menteri berkenaan.

“Kita tertanya-tanya mengapa sidang ini tidak berlaku untuk pemimpin UMNO mengkaji kedudukan mereka (dalam Kerajaan Perpaduan) susulan keputusan mahkamah.

“Sidang ini supaya UMNO dapat membincangkan keputusan yang perlu diambil sebagai sebuah parti yang turut membantu penubuhan kerajaan hari ini, yang mana tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO, kerajaan hari ini tidak mungkin wujud,” katanya.

Tambahnya, ikhtiar juga mesti dijalankan oleh pemimpin UMNO termasuk mendapatkan pengampunan buat Najib daripada Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa, hak mutlak dan prerogatif untuk melaksanakannya atas budi bicara dan pertimbangan kemanusiaan.

“Saya menyeru ahli-ahli UMNO peringkat cawangan dan bahagian tidak berdiam diri, sebaliknya turut menzahirkan rasa kecewa dan hampa disebabkan tidak adanya usaha di peringkat kepimpinan UMNO Pusat dalam usaha mendapatkan pengampunan Najib tersebut. 

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak