Polis keluar 20 saman, sita 4 motosikal dan 1 kereta

LAHAD DATU – Polis mengeluarkan 20 saman trafik atas pelbagai kesalahan dan menyita empat motosikal serta sebuah motokar dalam Op Samseng Jalanan di beberapa lokasi panas sekitar bandar Lahad Datu, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, menerusi operasi selama empat jam bermula 12 tengah malam itu, pihaknya memeriksa 18 individu, 14 kenderaan serta menjalankan empat sesi advokasi keselamatan jalan raya kepada pengguna.

“Antara kawasan tumpuan operasi ialah Bandar Lahad Datu, Bandar Fajar, Jalan Airport, Bandar Sri Perdana dan Jalan Pan Borneo melibatkan kekuatan seramai 12 pegawai dan anggota dari pelbagai bahagian IPD Lahad Datu.

“20 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos dan ubah suai struktur peralatan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Tegas Dzulbaharin, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kelakuan samseng jalanan yang boleh membahayakan pengguna lain.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara konsisten demi keselamatan bersama.

“Orang awam juga diseru agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya