Feri Kanowit–Sedaya mudahkan pergerakan penduduk luar bandar

KANOWIT – Pengoperasian perkhidmatan feri Kanowit–Sedaya yang bermula hari ini membawa kelegaan kepada penduduk di sepanjang Jalan Kubu, Kampung Sedaya dan kawasan sekitarnya apabila menyediakan laluan perjalanan yang lebih singkat, selamat serta efisien.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, perkhidmatan feri berkenaan merupakan antara keperluan asas yang telah lama disuarakan penduduk setempat, khususnya mereka yang menetap di Jalan Nibong Tada, yang sebelum ini terpaksa menggunakan laluan lebih jauh untuk ke pekan Kanowit.

Menurutnya, sebelum feri itu beroperasi, penduduk perlu melalui Jambatan Batang Rajang di Durin yang memerlukan masa perjalanan lebih panjang dan kurang praktikal bagi urusan harian.

“Pengoperasian feri ini memberi pilihan laluan yang lebih dekat dan menjimatkan masa. Ia bukan sahaja memudahkan urusan seharian, malah memberi kesan positif terhadap akses perkhidmatan asas serta kegiatan ekonomi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis perasmian perkhidmatan feri berkenaan di Tapak Rampa Feri A, Jalan Kubu baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu atas usaha merealisasikan keperluan rakyat Kanowit melalui pelaksanaan perkhidmatan tersebut.

Anyi turut mengingatkan pengguna agar sentiasa mematuhi peraturan serta aspek keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan operasi feri berjalan lancar dan selamat.

Sempena musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu, feri Kanowit–Sedaya akan beroperasi dari jam 4 pagi hingga 12 tengah malam bermula 24 Disember 2025 hingga 3 Januari 2026. Selepas tempoh itu, operasi harian akan berjalan dari jam 4 pagi hingga 10 malam.

Turut hadir, ADUN Machan, Allan Siden Gramong; Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara, Dr Stephen William; Jurutera JKR Bahagian Sibu, Ir Chieng Siong Ming; wakil Pejabat Daerah Kanowit, Casseylia Benet serta pemimpin komuniti setempat.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014