Politik tanpa ihsan buka jalan perpecahan – Afdlin

POLITIK yang tidak berteraskan ihsan hanya akan membawa negara ke arah kekeliruan serta perpecahan, khususnya ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi dan keletihan politik.

Sambil mengkritik kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Afdlin Shauki menegaskan, bergembira atas musibah orang lain bukan nilai masyarakat dan bukan nilai perjuangan reformasi yang dilaungkan.

“Ya, saya mungkin orang baharu dalam politik tetapi saya adalah seorang manusia yang tahu membezakan baik dan buruk, tahu apa itu moral dan adab… dan faham bahawa kita hidup dalam sebuah negara yang memerlukan perpaduan, bukan kenyataan yang menambah luka serta perpecahan,” katanya dalam hantaran Facebook pada Selasa.

Afdlin berkata, isu berkenaan perlu dilihat sebagai peringatan tentang batas wajar dalam berpolitik, terutama apabila melibatkan keputusan mahkamah dan nasib individu lain.

Menurutnya, negara kini berada dalam fasa yang menuntut kewarasan kepimpinan kerana rakyat sedang berdepan tekanan ekonomi, keresahan sosial serta keletihan terhadap polemik berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan setiap kenyataan pemimpin membawa implikasi besar dan boleh mempengaruhi sentimen awam sama ada ke arah ketenangan atau perpecahan.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan