SPRM Sabah kemuka 5 cadangan perkukuh tatakelola RMSMJ

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengemukakan lima cadangan penambahbaikan tatakelola kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) berhubung isu Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) yang tidak diduduki setelah siap dibina.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, cadangan berkenaan bertujuan memperkukuh kawalan, ketelusan serta memastikan bantuan perumahan itu benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

“Antara cadangan dikemukakan ialah penambahbaikan kriteria penerima termasuk menetapkan pemohon mestilah Ketua Isi Rumah (KIR).

“Mewajibkan perobohan rumah usang selepas rumah baharu siap dibina serta tidak meluluskan permohonan sekiranya pemohon mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Hak milik RMSMJ juga tidak dibenarkan ditukar kepada pihak lain kecuali selepas kematian KIR dan dipindahkan kepada pewaris sah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

SPRM turut mencadangkan agar diwujudkan mekanisme pemantauan sebelum, semasa dan selepas pembinaan RMSMJ.

“Cadangan lain termasuk penyediaan borang permohonan rasmi serta memasukkan klausa Peringatan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 bagi mengelakkan salah guna maklumat,” jelasnya.

Menurut beliau, cadangan itu dibuat susulan hasil siasatan awal SPRM Sabah yang mendapati terdapat penerima bantuan RMSMJ tidak menduduki rumah berkenaan, namun sebaliknya menyewakannya kepada pihak lain.

Sementara itu, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Myrna Jimenez menyambut baik cadangan dan bersetuju mengambil tindakan susulan bagi menambah baik kelemahan yang dikenal pasti.

“Kerjasama erat antara KPLB dan SPRM Sabah penting bagi memastikan pelaksanaan program RMSMJ berjalan selaras dengan prinsip tatakelola baik serta mencapai matlamat membantu rakyat yang benar-benar memerlukan,” tambahnya.

Related Posts

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

ALOR SETAR – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 10 Mei lalu memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki warga Indonesia, Muhamad Yudha Al Fikri, adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ithma KOTA KINABALU – Polis Sabah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran syabu dan merampas dadah disyaki methamphetamine seberat 159.8 kilogram bernilai kira-kira RM7.99 juta menerusi beberapa siri serbuan di sekitar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis