SPRM Sabah kemuka 5 cadangan perkukuh tatakelola RMSMJ

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengemukakan lima cadangan penambahbaikan tatakelola kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) berhubung isu Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) yang tidak diduduki setelah siap dibina.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, cadangan berkenaan bertujuan memperkukuh kawalan, ketelusan serta memastikan bantuan perumahan itu benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

“Antara cadangan dikemukakan ialah penambahbaikan kriteria penerima termasuk menetapkan pemohon mestilah Ketua Isi Rumah (KIR).

“Mewajibkan perobohan rumah usang selepas rumah baharu siap dibina serta tidak meluluskan permohonan sekiranya pemohon mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Hak milik RMSMJ juga tidak dibenarkan ditukar kepada pihak lain kecuali selepas kematian KIR dan dipindahkan kepada pewaris sah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

SPRM turut mencadangkan agar diwujudkan mekanisme pemantauan sebelum, semasa dan selepas pembinaan RMSMJ.

“Cadangan lain termasuk penyediaan borang permohonan rasmi serta memasukkan klausa Peringatan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 bagi mengelakkan salah guna maklumat,” jelasnya.

Menurut beliau, cadangan itu dibuat susulan hasil siasatan awal SPRM Sabah yang mendapati terdapat penerima bantuan RMSMJ tidak menduduki rumah berkenaan, namun sebaliknya menyewakannya kepada pihak lain.

Sementara itu, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Myrna Jimenez menyambut baik cadangan dan bersetuju mengambil tindakan susulan bagi menambah baik kelemahan yang dikenal pasti.

“Kerjasama erat antara KPLB dan SPRM Sabah penting bagi memastikan pelaksanaan program RMSMJ berjalan selaras dengan prinsip tatakelola baik serta mencapai matlamat membantu rakyat yang benar-benar memerlukan,” tambahnya.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014