Warisan Silat Rumpun Melayu terus dimartabatkan di Kabong

KABONG – Usaha memartabatkan warisan seni budaya silat rumpun Melayu terus diperkasa menerusi sesi randau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir dan isteri, Datin Meryani Yassin, serta pihak KUBENA Kabong di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kabong pada Selasa.

Sesi randau tersebut bertujuan membincangkan inisiatif serta langkah strategik bagi memperkukuh seni mempertahankan diri tradisional, khususnya melibatkan Persatuan Silat Mayang Mangurai Sarawak Wilayah Kabong yang berada di bawah pengurusan dan tadbir urus KUBENA Kabong.

Persatuan Silat Mayang Mangurai Sarawak Wilayah Kabong yang ditubuhkan pada Mei 2024 kini mempunyai seramai 80 ahli terdiri daripada golongan belia dan kanak-kanak di sekitar kawasan Kabong. Persatuan itu dipengerusikan oleh Abdul Rahim Peli dan aktif melaksanakan latihan serta aktiviti pembangunan sahsiah berteraskan seni silat.

Pada majlis berkenaan, Mohd Chee turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM15,000 kepada Persatuan Silat Mayang Mangurai Sarawak Wilayah Kabong melalui KUBENA Kabong.

Menurutnya, sumbangan tersebut disalurkan bagi pembelian tikar silat jenis Puzzle Mat Boxing Gym Play Mattress serta pelbagai peralatan latihan bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan ahli semasa menjalani sesi latihan.

Beliau berkata, usaha memelihara dan memartabatkan seni budaya silat bukan sahaja penting sebagai warisan bangsa, malah berperanan besar dalam membentuk jati diri, disiplin serta nilai murni dalam kalangan belia.

“Inisiatif seperti ini juga mampu menarik minat golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti sihat dan berfaedah, sekali gus menjauhkan mereka daripada pengaruh negatif dan gejala sosial,” katanya.

Foto: Facebook Pusat Khidmat ADUN N. 40 Kabong

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti