Bomba Bintulu selamatkan lelaki kunci diri dalam bilik

BINTULU – Tindakan pantas  pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang mengunci diri di sebuah rumah di Jalan Alamanda 13, Sample Park pada pagi Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak,  pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.28 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi.

Menurut kenyataan tersebut, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba dan polis mendapati mangsa berada di dalam sebuah bilik dan mengunci pintu dari dalam.

“Hasil rundingan yang dijalankan, mangsa akhirnya membuka pintu bilik dengan sendiri tanpa sebarang penggunaan kekerasan,” ujarnya

Mangsa yang dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 31 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan seterusnya ditenangkan oleh Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) di lokasi.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu