ADUN Kabong terus prihatin rakyat, santuni pesakit dan perkasa bomba sukarela di Kabong

KABONG – Keprihatinan terhadap kebajikan rakyat serta keselamatan komuniti terus menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir menerusi dua pengisian program bersama masyarakat setempat, baru-baru ini.

Dalam sesi ziarah prihatin di Kampung Hulu Kabong, Mohd Chee bersama isteri, Datin Meryani Haji Yassin, telah menziarahi salah seorang penduduk yang menghidap penyakit angin ahmar sejak tahun 2017 dan kini mengalami keterbatasan pergerakan.

“Ziarah seperti ini adalah tanda keprihatinan kami terhadap rakyat yang sedang diuji dengan masalah kesihatan”.

“Kami sentiasa mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan, kesabaran dan kekuatan untuk terus menghadapi ujian ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kebajikan pesakit serta keluarga akan terus diberi perhatian agar mereka tidak berasa terpinggir.

“Kami berharap keluarga beliau terus tabah dan diberikan sokongan serta kemudahan yang sewajarnya bagi meringankan beban penjagaan harian,” tambah beliau.

Sementara itu, dalam usaha memperkukuh keselamatan dan kesiapsiagaan komuniti, Mohd Chee turut menghadiri sesi randau bersama Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Kabong di Bilik Operasi PBS Kabong, Kampung Simpang 4 Kabong.

Pada sesi berkenaan, beliau telah menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM10,000 kepada PBS Kabong bagi menyokong kelancaran operasi pasukan sukarelawan tersebut.

“Setiap pergerakan dan aktiviti PBS Kabong sentiasa kami ambil maklum, termasuk melalui perkongsian di media sosial.”

“Sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkukuh kesiapsiagaan serta kebajikan anggota,” katanya.

Beliau turut menyeru semua ahli PBS Kabong agar terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, dedikasi serta semangat kesukarelawanan yang tinggi.

“Pasukan bomba sukarela memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan di peringkat komuniti. Teruskan khidmat dengan rela dan penuh komitmen demi keselamatan masyarakat,” ujarnya.

Turut hadir dalam kedua-dua program tersebut ialah barisan kepimpinan masyarakat dan agensi berkaitan termasuk Penghulu, Ketua Kampung, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Saratok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kepimpinan Pergerakan Pemuda PBB N.40 Kabong.

Keseluruhannya, penganjuran ziarah prihatin dan sesi randau ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan ADUN Kabong dalam mendekati rakyat, menjaga kebajikan golongan memerlukan serta memperkasa peranan pasukan keselamatan komuniti demi kesejahteraan penduduk setempat.

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti