KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah berpendirian teguh dan konsistem untuk memelihara perpaduan rakyat serta mengekalkan kestabilan politik negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat dan kestabilan politik menjadi asas kepada kemajuan ekonomi negeri serta pertumbuhan pelaburan.
Beliau menekankan bagaimana dalam kepelbagaian agama, etnik dan warisan budaya Sabah, Krismas memberi peluang berharga kepada semua untuk bersatu, mengeratkan hubungan sekali gus memupuk keharmonian antara etnik.
“Krismas, sebagai perayaan penting komuniti Kristian, secara tradisinya menyatukan keluarga dan rakan-rakan.
“Semoga perayaan ini memenuhi rumah anda (penganut Kristian) dan komuniti kita dengan kegembiraan, kedamaian serta keharmonian,” katanya dalam perutusan Krismas 2025, pada Selasa.
Hajiji turut menggesa semua pihak untuk menyemarakkan semangat Krismas yang dicirikan oleh kasih sayang dan kemurahan hati serta menegaskan semula komitmen terhadap toleransi, saling menghormati dan perpaduan.
Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta
MUKAH – Projek pembinaan jalan raya sepanjang 11 kilometer (km) di Nanga Baoh yang pernah dibatalkan pelaksanaannya sebelum ini, kini diluluskan semula dengan suntikan dana yang jauh lebih besar mencecah…
Lebih lanjut




