Penunggang motosikal maut, dua cedera dalam kemalangan di Taman Tasik Bukit Mas

LIMBANG – Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Toyota Sienta di Taman Tasik Bukit Mas pada pagi Khamis.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang digerakkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan kemalangan tersebut membabitkan tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. 

“Penunggang motosikal, Mohd Haswanddy Sahari, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelas dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, dua penumpang kereta Toyota Sienta iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan mengalami kecederaan.

“Seorang mangsa warga emas perempuan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Tambah kenyataan itu, mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis selepas ketibaan kenderaan pihak berkuasa di lokasi untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di jalan raya bagi memastikan laluan selamat digunakan oleh orang awam,” ujar kenyataan tersebut. 

Operasi melibatkan enam anggota dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu EMRS itu turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia serta KKM sebelum ditamatkan selepas keadaan disahkan selamat.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang