5 tahun bersama Sabah FC, Scott Ollerenshaw lepas jawatan

KOTA KINABALU – Scott Ollerenshaw menamatkan khidmatnya sebagai Pengarah Teknikal Sabah Football Club (FC) selepas lima tahun berkhidmat, berikutan keputusan untuk memberi perhatian kepada ibu bapa yang semakin berusia di Australia.

Dalam kenyataan Ollerenshaw menerusi laman rasmi Facebook Sabah FC pada Khamis berkata, beliau berasa bangga dengan pencapaian kelab sejak kembali pada 2021 untuk memulihkan Sabah FC, termasuk tiga kali berturut-turut menamatkan Liga Super di tempat ketiga, mara ke Separuh Akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta kelayakan ke Final Piala FA 2025.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Allahyarham Datuk Bung Moktar Radin atas visi yang dicetuskan dan Presiden SAFA, Datuk Shahelmey Yahya atas kepimpinan semasa menghadapi cabaran.

Scott Ollerenshaw juga mengucapkan terima kasih kepada pengurusan, jurulatih, pemain dan kakitangan Sabah FC atas dedikasi dan kesetiaan mereka serta menyanjung sokongan peminat setia kelab itu.

“Sabah FC sentiasa dekat di hati saya. Saya berpisah dengan hati yang tenang, bangga dan tiada rasa menyesal.

“Ini selamat tinggal buat sementara, bukan selamanya. Sabah Maju Jaya,” katanya.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman