GPW FELDA Wilayah Jengka rancang banyak program menarik tahun depan

KUANTAN – Lebih banyak program menarik dan bermanfaat sedang dirancang untuk ahli Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dalam kawasan FELDA Wilayah Jengka.

Program itu disusun dengan teliti bagi memberi nilai tambah kepada peranan penting dimainkan GPW selama ini.

Pengerusi GPW Wilayah Jengka, Zariah Haron berkata, pelbagai inisiatif juga sedang dirangka bagi memastikan GPW kekal memainkan peranan aktif dalam pembentukan komuniti setempat.

“Semua ini dapat dilaksanakan menerusi sokongan berterusan daripada semua ahli GPW.

“Selain itu, kerajaan Pahang juga mengiktiraf peranan GPW dan bermacam-macam bantuan boleh dimohon bagi menganjurkan program di peringkat kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari GPW FELDA Jengka 24, dekat Jerantut.

Sambutan itu yang diadakan di Dewan Mat Kilau, dihadiri kira-kira 200 ahli GPW FELDA berkenaan.

Hadir sama Pengurus FELDA Jengka 24, Saiful Mohd Pauzi; Ketua Peneroka, Razak Daud dan Ketua GPW FELDA itu, Rogayah Said.

Antara aktiviti menarik sepanjang sambutan adalah pertandingan memasak asam pedas, kuih tradisional, gubahan bunga dan lipatan kain.

Turut diadakan acara sukan seperti pertandingan sepak penalti dan bola jaring pada sebelah petang.

Sementara itu, Razak berkata, pihak pengurusan FELDA dan kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada sebarang aktiviti di FELDA Jengka 24.

“Begitu juga dengan GPW, turut menerima sokongan daripada kerajaan Pahang dan memastikan aktiviti mereka dapat dijayakan,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau berharap GPW FELDA Jengka 24 dapat terus menyumbang dan menganjurkan pelbagai aktiviti berteraskan komuniti, demi memakmurkan kawasan tanah rancangan itu.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady