Bomba bantu pindah jenazah lepasi kawasan banjir

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan memindahkan jenazah selepas kenderaan yang membawanya terkandas akibat banjir di Jalan Kuantan–Pekan berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kenderaan terbabit membawa jenazah seorang wanita warga emas berusia 76 tahun dalam perjalanan ke Kuala Pahang, Pekan.

Menurutnya, wanita itu difahamkan meninggal dunia di Indera Mahkota akibat kanser sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

“Disebabkan van jenazah tidak dapat melintasi kawasan banjir, orang awam memohon bantuan JBPM bagi membantu urusan penghantaran jenazah tersebut.

“Bertindak pantas atas permohonan itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu diketuai Hazizi Shahi menggerakkan sebuah lori JBPM untuk membawa jenazah dari lokasi kejadian ke Inderapura,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi memindahkan jenazah berjaya dilaksanakan dengan selamat dan lancar.

Related Posts

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa penganjur Miri Marathon tampil segera memberi penjelasan rasmi berhubung isu kelewatan pembayaran hadiah wang tunai kepada pemenang. Ketua AMK Miri, Christopher Jemat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

SIMUNJAN – Perjalanan tiga individu menaiki sebuah Perodua Myvi berakhir tragedi apabila dua penumpang wanita maut dalam nahas membabitkan sebuah lori di Jambatan Batang Sadong pada pagi Selasa. Pusat Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirAsia perkenal SOP baharu susulan insiden kanak-kanak Cerebral Palsy

AirAsia perkenal SOP baharu susulan insiden kanak-kanak Cerebral Palsy

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan