Kes dera pelajar madrasah: Empat lelaki ditahan halang tugas polis di Telipok

KOTA KINABALU – Empat lelaki ditahan kerena menghalang pihak polis menjalankan tugas ketika operasi membawa seorang suspek bagi membantu siasatan kes video tular kecederaan dan penderaan pelajar madrasah di Telipok baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada Isnin, kira-kira pukul 6.45 petang.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai polis sedang menjalankan tugas untuk menangkap dan membawa seorang suspek bagi membantu siasatan kes yang telah dilaporkan sebelum ini.

“Siasatan awal mendapati beberapa individu telah bertindak menghalang kenderaan polis, mengeluarkan kata-kata kesat, cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan berkenaan sehingga menjejaskan pelaksanaan tugas polis.

“Polis telah menahan empat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an bagi membantu siasatan dan turut merampas sebatang besi golf yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, manakala polis akan memohon reman ke atas semua suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Polis juga akan menjalankan ujian saringan air kencing serta merakam percakapan saksi-saksi kejadian.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak bertindak mengikut perasaan, sebaliknya bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

“Sebarang ketidakpuasan hati hendaklah disalurkan melalui saluran undang-undang yang betul,” ujarnya.

Tegasnya, PDRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang demi menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak