Integriti dan inovasi perlu bergerak seiring – Abdul Rahman

KUCHING – Integriti perlu dijadikan teras utama dalam setiap keputusan dan tindakan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kepercayaan rakyat terus terpelihara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menegaskan inovasi tanpa integriti boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan, manakala integriti tanpa inovasi pula berisiko menyebabkan perkhidmatan awam menjadi perlahan, rumit dan tidak berkesan.

“Apabila integriti digabungkan dengan inovasi, ia akan mewujudkan ekosistem perkhidmatan awam yang cekap, responsif dan diyakini rakyat. Kedua-dua elemen ini mesti digerakkan secara selari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Integriti dan Inovasi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2025 yang berlangsung pada Isnin.

Menurut Abdul Rahman, setiap keputusan yang dibuat DBKU perlu berasaskan prinsip ketelusan, bebas daripada sebarang konflik kepentingan serta sentiasa mengutamakan kepentingan awam, bermula daripada peringkat pengurusan tertinggi hingga ke barisan hadapan.

Katanya, penghayatan nilai integriti yang konsisten bukan sahaja memperkukuh tadbir urus organisasi, malah menjadi asas penting dalam mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman berkata, integriti bukan sekadar slogan atau alasan untuk mengelak membuat keputusan, sebaliknya kompas moral yang membimbing warga kerja DBKU agar bertindak secara berani, tepat dan bertanggungjawab.

“Integriti bukan tembok yang menghalang, tetapi panduan supaya kita tidak tersasar. DBKU bukan ‘gatekeeper’, sebaliknya pemudah cara kepada penyelesaian masalah rakyat,” katanya.

Beliau menambah, DBKU terus memperkukuh budaya kerja berintegriti melalui pemantapan etika kerja, pelaksanaan latihan kesedaran integriti serta pengukuhan sistem pemantauan dalaman bagi memastikan tadbir urus yang baik sentiasa dipelihara.

Related Posts

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

SARIKEI – Daerah Sarikei memerlukan penambahan kemudahan kesihatan khususnya pusat dialisis bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kemudahan di Sibu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

PENAMPANG – Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah Penampang diseru supaya bersatu dan bekerjasama bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Penampang 2024–2035 dapat dilaksanakan dengan berkesan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU tidak dalam masa terdekat, Kerajaan Perpaduan kekal hingga akhir penggal – Fahmi

PRU tidak dalam masa terdekat, Kerajaan Perpaduan kekal hingga akhir penggal – Fahmi

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis