Peneroka FELDA disaran buat persiapan perlu, gelombang kedua hujan sudah bermula

KUANTAN – Gelombang kedua hujan lebat mula melanda hampir keseluruhan kawasan tanah rancangan dalam Wilayah Jengka, sejak Khamis.

Dengan cuaca tidak menentu, beberapa kawasan rendah diramal berdepan banjir kilat dan laluan terputus hubungan.

Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, semua warga peneroka diminta mengambil langkah perlu dan membuat persiapan awal bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Saya mohon kerjasama semua peneroka dalam FELDA Wilayah Jengka untuk mengambil maklum dengan perubahan cuaca semasa di kawasan masing-masing.

“Dengan segala persiapan awal yang sudah dilakukan, kita harap dapat mengurangkan risiko kerugian harta benda dan paling penting adalah keselamatan nyawa keluarga,” katanya kepada The Malaysia Press.

Razak juga mengingatkan penduduk terjejas banjir atau akibat keadaan cuaca ketika ini, memaklumkan segera kepada pihak pengurusan FELDA bagi tujuan penyaluran bantuan.

Katanya, perkembangan cuaca semasa dan maklumat berkaitan boleh diperoleh menerusi laman web disediakan pihak berkuasa.

“Kita ada 37 kawasan FELDA dalam Wilayah Jengka selain kampung traditional di sekitar. Semuanya perlu membuat persiapan kerana tidak tidak boleh jangka bila hujan akan berhenti.

“Sejak Khamis lalu, memang hujan di semua kawasan dan risiko berlaku banjir agak tinggi.

“Jadi, saya ingin mengingatkan semua warga peneroka supaya melakukan persediaan… ini adalah untuk keselamatan kita bersama,” katanya.

Related Posts

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

KOTA KINABALU – Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong