Sabah rai keputusan Mahkamah Rayuan Paris batalkan ‘Anugerah Akhir’ kes Sulu

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris untuk membatalkan “Anugerah Akhir” bernilai AS$14.9 bilion daripada pihak yang menggelarkan diri mereka penuntut Sulu sebagai satu keputusan muktamad dan kemenangan besar bagi Malaysia.

“Saya menyatakan sebelum ini, kita akan mempertahankan kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia dan kita tidak akan sesekali melayan tuntutan sedemikian.

“Keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 9 Disember lalu sekali lagi membuktikan pendirian Sabah selama ini,” katanya sebagai reaksi kepada kenyataan Bilik Gerakan Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia, pada Khamis.

Mahkamah Rayuan Paris memutuskan bahawa pemegang timbang tara, Gonzalo Stampa, tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan ‘Anugerah Akhir’ tersebut dan mendapati tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia.

Kerajaan Negeri Sabah menegaskan semula komitmennya untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membatalkan sebarang tuntutan di masa hadapan.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha gigih mereka dalam mempertahankan kedaulatan Sabah,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan