Suami isteri maut, kemalangan 2 kenderaan

BENTONG – Suami isteri maut manakala anak lelaki mereka parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Lumpur, dekat Kampung Ketari, di sini, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, akibat kemalangan kira-kira jam 8 malam itu, pasangan terbabit yang tersepit dalam kereta Proton Iswara meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, anak pasangan berkenaan turut tersepit dalam kenderaan dilaporkan parah.

Katanya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat laporan mengenai kemalangan itu pada jam 8.19 malam.

“Sebaik tiba di lokasi bomba mendapati pemandu dan dua penumpang sebuah kereta tersepit dalam kenderaan dinaiki mereka,” katanya, lapor Berita Harian.

Zulfadli berkata, kemalangan itu membabitkan kereta Proton Iswara dan Mercedes Benz.

Katanya, dua mangsa – iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian – sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata seorang lagi mangsa berusia 23 tahun yang juga pemandu kenderaan itu disahkan mengalami kecederaan parah, manakala pemandu Mercedes Benz berusia 40 tahun cedera ringan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi