PMX sedang bertahan, bernegosiasi dan sabar urus tempo reformasi

KERAJAAN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang melalui fasa paling mencabar dalam usaha melaksanakan agenda reformasi, khususnya dalam konteks kerajaan campuran yang dibentuk melalui persetujuan pelbagai blok politik.

Timbalan Ketua Penerangan PKR Pahang, Norman Daud berkata, kritikan bahawa Perdana Menteri gagal menunaikan janji reformasi seperti isu pemecatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, atau pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) memperlihatkan sebahagian pihak tidak memahami realiti politik semasa.

Beliau menegaskan, kerajaan hari ini bukan kerajaan majoriti tunggal yang boleh membuat keputusan secara sepihak, sebaliknya Kerajaan Perpaduan yang memerlukan persetujuan bersama sebelum sesuatu dasar dilaksanakan.

“Ada yang menjerit bertanya mana reformasi, tetapi mereka tidak melihat medan yang sedang kerajaan tempuhi. PMX bukan punca kelembapan reformasi, tetapi struktur kerajaan campuran itu sendiri menuntut rundingan dan kesepakatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menurut Norman, dalam gabungan kerajaan terdapat parti yang berbeza ideologi, berbeza keutamaan, dan tidak semuanya berkongsi visi reformasi yang diperjuangkan Pakatan Harapan (PH) sejak puluhan tahun.

Katanya, beberapa parti rakan juga tidak bersedia menerima pembaharuan institusi secara agresif atau menolak pemansuhan undang-undang tertentu atas alasan keselamatan.

“PMX mungkin reformis, tetapi tidak semua rakan gabungan memiliki DNA yang sama. Ada parti yang selesa dengan status quo, ada yang tidak mahu kompromi dalam isu keselamatan negara. Semua ini perlu diurus secara berhikmah,” katanya.

Menjelaskan isu SOSMA sebagai contoh, Norman berkata, akta itu hanya boleh dimansuhkan melalui majoriti undi di Parlimen, namun sokongan ke arah itu belum wujud sepenuhnya dalam kerajaan campuran.

“Kalau dipaksa, kerajaan boleh hilang sokongan dan menjadi tidak stabil. Bila kerajaan tumbang, habis semua agenda reformasi yang belum sempat dilaksanakan,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa dalam politik Malaysia hari ini, keupayaan bertahan adalah syarat utama untuk memastikan reformasi dapat dilaksanakan secara berperingkat dan berstrategi.

“Terlalu laju, kerajaan runtuh. Terlalu perlahan, rakyat kata gagal. Sebab itu PMX memilih jalan paling selamat iaitu bernegosiasi, bertahan dan sabar,” katanya.

Norman menambah, ramai salah menafsir seolah-olah Perdana Menteri tidak mahu melaksanakan reformasi, sedangkan perubahan itu telah berjalan namun perlu melalui proses yang kompleks dalam landskap politik berpecah.

“Rakyat boleh marah dan menekan, itu hak mereka. Tetapi sebagai pemimpin kerajaan campuran, keputusan tidak boleh dibuat ikut emosi. Ia perlu mengikut kiraan risiko, kekuatan sokongan di Parlimen dan kepentingan negara,” katanya.

Menurutnya, seni memimpin negara pada era politik hari ini bukan sekadar menghasilkan keputusan segera, tetapi memahami medan politik, mengelakkan ranjau, serta memastikan kerajaan kekal stabil untuk melaksanakan reformasi hingga selesai.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit