Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

KANGAR – Operasi pembersihan pasca banjir yang digerakkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis bersama Environment Idaman Sdn. Bhd. merekodkan sebanyak 1,258 tan sisa banjir dikumpul dan dilupuskan sepanjang tempoh sembilan hari pelaksanaannya.

Menurut kenyataan SWCorp Perlis, operasi Task Force itu melibatkan kerja-kerja pembersihan di 116 kawasan merangkumi 8,910 premis dalam kawasan operasi agensi tersebut yang terjejas akibat banjir.

“Operasi berkenaan dilaksanakan bermula 29 November hingga 7 Disember 2025, disokong 189 anggota Task Force serta penggunaan 53 unit ‘mini armroll’ dan 12 unit ‘backhoe’.

“Keseluruhan operasi itu diselaraskan dan dipantau Bahagian Penguatkuasaan SWCorp bagi memastikan pergerakan pembersihan berjalan secara sistematik dan menyeluruh di setiap kawasan terlibat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, sisa banjir yang dikumpulkan sebelum itu dilupuskan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Rimba Mas yang menjadi lokasi rekod jumlah keseluruhan sisa sepanjang operasi.

SWCorp menjelaskan bahawa langkah pembersihan bersepadu tersebut penting bagi memastikan kawasan terjejas dapat dipulihkan dengan segera untuk kembali beroperasi dalam keadaan bersih dan selamat didiami.

“Pelaksanaan Task Force pasca banjir tersebut turut menjadi keutamaan bagi mengelakkan longgokan sisa berlarutan yang boleh memberi risiko pencemaran kepada penduduk.

“Pihak kami akan terus membuat pemantauan dan verifikasi lapangan dari semasa ke semasa bagi memastikan proses pemulihan kawasan terjejas dapat diselesaikan sepenuhnya,” jelasnya.

Related Posts

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

LONG LAMA – Penganjuran Program Ngiling Bidai 2026 dan penyerahan bantuan bakul makanan menjadi platform terbaik memperkukuh kerjasama kerajaan, sektor korporat serta komuniti bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti