Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa beliau menamatkan lapan perang dengan menggunakan langkah perdagangan dan tarif sebagai tekanan, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya telah menamatkan lapan perang, sebahagian besarnya melalui perdagangan dan tarif,” katanya kepada pemberita ketika tiba di Pusat Kennedy di Washington DC.

Trump mempertahankan pendekatan tarifnya sebagai lebih baik bagi tujuan keselamatan negara.

“Jika kita menggunakan laluan tarif yang lain, dan memang ada pilihan lain yang boleh diambil, ia tidak akan memberi keselamatan negara yang sama seperti cara ini.

“Cara ini pantas dan sangat berkuasa,” katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan bahawa hasil tarif seharusnya digunakan untuk mengurangkan hutang negara dan bukannya membiayai dividen.

“Kita akan lakukan. Saya bersetuju. Tetapi saya juga fikir kita memperoleh begitu banyak hasil melalui tarif sehingga kita juga dapat menyediakan dividen yang baik kepada golongan berpendapatan sederhana… dan berpendapatan rendah,” katanya.

Trump sebelum ini mencadangkan penggunaan hasil tarif untuk membiayai ‘dividen tarif AS$2,000’ sebagai bayaran terus kepada kebanyakan rakyat Amerika, namun Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent menyatakan dividen itu ‘boleh hadir dalam pelbagai bentuk’ dan bukan semestinya cek.

Terdahulu di platform Truth Social miliknya, Trump menulis bahawa kaedah tarif yang sedang dipertimbangkan Mahkamah Agung AS ketika ini adalah ‘lebih langsung, kurang membebankan dan jauh lebih pantas’ berbanding alternatif lain.

“Kelajuan, kekuatan dan kepastian sentiasa menjadi faktor penting untuk menyelesaikan tugas dengan cara yang berkekalan dan berjaya,” katanya.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu