Lebih 20 maut, kelab malam terbakar

GOA – Seramai 20 pekerja dan lima pelancong maut selepas kelab malam Birch By Romeo Lane di sini musnah terbakar awal pagi semalam.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku begitu pantas apabila api menyambar keseluruhan bangunan dalam beberapa saat, menyebabkan mangsa tidak sempat melarikan diri.

Kelab malam itu terletak berhampiran kawasan Sungai Arpora dan mempunyai laluan masuk serta keluar yang sempit.

Ia dipromosikan sebagai ‘kelab pulau’ dan dihubungkan ke jalan utama melalui lorong-lorong kecil.

Laluan sempit itu turut menyukarkan operasi bomba apabila jentera tidak dapat masuk dan terpaksa diparkir kira-kira 400 meter dari bangunan terbabit.

Seorang pegawai kanan bomba memberitahu, akses terhad melambatkan usaha memadamkan api.

Katanya, sebahagian besar mangsa maut akibat sesak nafas selepas terperangkap dalam asap tebal.

Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant berkata, insiden seumpamanya pertama kali berlaku di negeri itu.

“Siasatan awal mendapati api bermula di tingkat atas. Disebabkan pintu yang sangat sempit, hanya sebahagian berjaya keluar.

“Apabila api marak, ramai tidak sempat menyelamatkan diri. Ada yang menuju ke tingkat bawah tanah dan meninggal dunia akibat sesak nafas kerana tiada pengudaraan,” katanya.

Maklumat awal mendapati premis itu tidak mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Related Posts

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen