Lelaki ditemukan lemas dalam kolam di Tatau

TATAU – Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sebuah kolam berhampiran rumah pekerja di Simpang RH Kiroh Anak Bali pada pagi Isnin.

Mangsa, Daniel Jumau, 23, disahkan meninggal dunia selepas ditemui oleh pasukan penyelamat pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula jam 9.50 pagi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.18 petang Ahad.

“Sebaik tiba di lokasi, saksi memaklumkan mangsa dipercayai telah turun untuk mandi di kolam berhampiran sebelum gagal dikesan. Hanya tuala dan selipar miliknya dijumpai di tepi kolam,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, operasi SAR disambung melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, dibantu Unit Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) BBP Bintulu seramai empat anggota.

Operasi diketuai Komander Operasi, PBT II Herudin Ealhi, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pencarian dijalankan menggunakan teknik sweep oleh penyelam PPDA, manakala kaedah visual digunakan di permukaan air oleh pasukan dari tiga agensi terlibat.

“Pada 10.41 pagi, mangsa berjaya ditemui di dasar kolam pada kedalaman kira-kira enam meter sebelum diserahkan kepada pihak polis pada 10.46 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi SAR kemudiannya ditamatkan secara rasmi pada 11.01 pagi atas arahan Ketua Polis Daerah Tatau.

Sebanyak empat jentera digunakan dalam operasi itu iaitu sebuah LFRT, sebuah lori, dan dua kenderaan pikap Hilux.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK